Seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan sistem pendidikan global ke arah melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang, maka warga SMK Kayu Ara Pasong berusaha memperkembangkan potensi diri pelajar Kelas Rancangan Khas ( KRK ) dalam semua aspek JERI dari segi akademik dan kokurikulum.
Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kami bahawa program dan aktiviti yang dirancang dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai Visi dan Misi iaitu melahirkan pelajar yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan imej sekolah.
AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : En. Juhair bin Jumaat (Pengetua) Pengerusi : Pn. Zainuriah binti Aman (GPK 1) Naib Pengerusi : En. Razali bin Mustamar (GPK HEM) Penyelaras : En. Zulnuraini bin Rahmat @ hj Zohdi (GKTV) Setiausaha 1 : Pn Hjh. Faridah binti Majeed Setiausaha 2 : Cik Rosmarina binti Abd Hamid AJK : 1. Semua Ketua Bidang 2. Kaunselor sekolah 3. Guru Media dan ICT 4. Setiausaha peperiksaan
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
OBJEKTIF
1. Meningkatkan Peratus kelulusan PMR 2010 kepada 100 %
2. Mensasarkan 30 % murid mendapat ‘ perfect score'Pencapaian GPS 1.9
3. Murid-murid KRK berketrampilan , bermotivasi tinggi dan berdaya saing secara holistik
4. Murid – murid KRK mampu menghadapi cabaran globalisasi
5. Murid-murid KRK memiliki perasaan bangga dan cinta akansekolah , guru-guru , ibu bapa dan Negara.
MATLAMAT
1. SMK Kayu Ara Pasong akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah
2. Memperkasa Murid Kelas Rancangan Khas (KRK)
Pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di SMK Kayu Ara Pasong diharap dapat melahirkan murid-murid Kelas Rancangan Khas ( KRK ) berkembang dari segi kognitif dan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sahsiah. Di samping mewujudkan generasi yang positif terhadap Masyarakat , Agama, Bangsa dan Negara serta memiliki jati diri yang mantap.
0 ulasan:
Catat Ulasan