PROGRAM MENTOR MENTEE PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) SMK KAYU ARA PASONG 2009
1. Pengenalan
Mentor merupakan individu yang penting untuk membantu dalam perkembangan sosial, akademik dan kerjaya seseorang pelajar. Ada kalanya ahli keluarga kurang memahami masalah pelajar serta kekuatan dan kelemahan pelajar terutama potensi pelajar itu. Di sinilah pentingnya peranan mentor (guru) kerana setiap guru telah dilatih untuk menangangi masalah tersebut. Berdasarkan kenyataan inilah program mentor mentee ini amat sesuai dilaksanakan.
2. Matlamat
Membantu pelajar dalam bidang akademik,sosial dan kerjaya.
3. Objektif
- Memudahkan pelajar memahami dunia persekolahan.
- Memberi contoh dan role-model yang terbaik.
- Memberi sokongan moral dan keyakinan diri yang tinggi
- Menjadi peransang kepada pelajar supaya terus berusaha untuk kejayaan.
4. Sasaran
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 RK, 2RK dan 3RK SMK Kayu Ara Pasong.
5. Ciri-ciri Seorang Mentor
- Dipercayai oleh pelajar.
- Sanggup meluangkan masa untuk membantu pelajar dalam perbincangan tentang sosial, kerjaya dan akademik
- Bertanggungjawab dan mampu berkomunikasi dengan berkesan
- Mampu menjadi pendengar yang aktif dan memahami keperluan mentee (pelajarnya)
- Sanggup untuk berkongsi pengalaman dan bertindak sebagai pendorong untuk kesejahteraan mentee
6. Peranan Mentor
- Membina keyakinan kendiri di dalam diri menteenya
- Membina hubungan saling percaya antara mentor dan menteenya
- Menjadi perangsang ke arah kejayaan mentee
- Memberi sokongan moral kepada menteenya apabila diperlukan
- Menjadi penggerak kepada mentee dalam membina matlamatnya
- Membantu mentee dalam membina akhlak dan kendiri yang baik
- Membantu mentee sepanjang pengajian
- Bertemu mentee sekurang-kurang nya empat kali setahun
- Berunding dengan mentee agar bersedia dirujuk kepada kaunselor,
- Ketua-ketua Bidang,Guru-guru Penolong Kanan ,Pengetua atau mana-mana pihak yang difikirkan perlu dan boleh membantu.
7. Peranan Mentee
- Menunjukkan sikap yang positif sebagai seorang pelajar
- Menunjukkan kesungguhan berusaha demi untuk mencapai hasrat dan cita-cita
- Selalu menepati masa sama ada pertemuan dengan mentor,pembelajaran di kelas dan sebagainya.
- Bersikap terbuka dan menerima pandangan dengan baik dan bersedia untuk dikritik
8. Tarikh Program dan Jadual Pertemuan
Cadangan tarikh program pada 17.4.2009 dan tarikh-tarikh petemuan mentor
- April Minggu ke 4
- Jun Minggu ke 4
- Ogos Minggu ke 4
- Oktober Minggu ke 4
Masa : 12.00 t/ hari – 1.00 petang (ikut kesesuaian)
Tempat : Ditentukan oleh mentor
Tarikh , Masa dan tempat pertemuan hanyalah cadangan sahaja.Mentor boleh mengubah tarikh,masa dan tempat pertemuan atau menambah jumlah pertemuan mengikut keadaan.Cadangan empat pertemuan tahun ini adalah yang minimum.
9. Cadangan Perbincangan Semasa Pertemuan
Pertemuan pertama (April)
- Menyelidiki latar belakang pelajar
(keluarga, kesihatan, minat, cita-cita dan sebagainya)
- Analisis keputusan peperiksaan setengah tahun
(m/pelajaran lemah, masalah pembelajaran, cadangan cara-cara
mengatasi)
Pertemuan Kedua (Jun)
- Kemahiran belajar
(kemahiran membaca,nota poket,mengingat,teknik ulang kaji,
mengurus masa)
- Disiplin pelajar dan motivasi
Pertemuan Ketiga (Ogos)
- Kemahiran belajar dan Strategi menghadapi peperiksaan
(Sebelum ,semasa dan selepas peperiksaan)
- Pengurusan Stress dan motivasi
(punca stress, tanda-tanda stress dan cara mengatasi)
- Pertemuan Keempat (Oktober)
- Strategi menghadapi peperiksaan akhir tahun
(Sebelum ,semasa dan selepas peperiksaan)
- Pengurusan Stress dan motivasi kendiri
(punca stress, tanda-tanda stress dan cara mengatasi)
- Target dan focus ‘A’
*Mana-mana pertemuan jika ada masalah yang tidak dapat dibantu oleh mentor hendaklah dirujuk kepada pihak yang lebih arif berkaitan bidang tersebut mengikut kesesuaian seperti masalah:
Disiplin /kebajikan : Penyelaras/GPK Hem/Pengetua
Kemahiran sosial,kemahiran belajar,halatuju kerjaya : kaunselor
Akademik : Guru Cemerlang/Ketua panitia/Ketua Bidang/GPK 1
Kokurikulum : Penyelaras Koko/GPK Koko dan sebagainya.
Fail Rekod Pertemuan Mentor Mentee
Setiap pertemuan dan perbincangan hendaklah direkodkan untuk semakan oleh penyelaras dan mengesan masalah yang timbul untuk tindakan selanjutnya.
Fail hendaklah diserahkan kepada penyelaras KRK pada atau sebelum 6/11/2009 untuk penyedian laporan program seterusnya
10. Jawatan Kuasa Program Mentor Mentee KRK SMK Kayu Ara Pasong
Penasihat : En. Juhair bin Jumaat (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Zainuriah binti Aman (GPK 1)
Naib Pengerusi : En. Razali bin Mustamar (GPK HEM)
Penyelaras : En. Zulnuraini bin Rahmat @ hj Zohdi (GKTV)
Setiausaha 1 : Pn Hjh. Faridah binti Majeed
Setiausaha 2 : Cik Rosmarina binti Abd Hamid
AJK : 1. Semua Ketua Bidang
2. Kaunselor sekolah
3. Guru Media dan ICT
4. Setiausaha peperiksaan
Guru-guru Mentor
- Pn.Hjh Faridah binti Majeed
- Cik Rosmarina binti Abd Hamid
- Pn. Faizah binti Wahaid
- Pn. Arpah binti Subari
- Pn. Noraini binti Tobi
- Cik Anis Sharani binti Abd Ghani
- Cik Munirah binti Hashim
- Pn. Julihana binti Othman
- Ustaz Hamzah bin Abd. Wahab
- Pn.Hjh. Jamaliah binti Ismail
- En. Zainal Abidin bin Khiran
- Pn. Norsidah binti Said
- Cik. Noridah binti Awang
- Pn. Naziza binti Zailani
11. Pemantauan
GPK 1/ GPK Hem
Tn.Pengetua
12. Penilaian
Peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan akhir tahun